Tugasan 1: Ciri-ciri Usahawan
1.1 Integriti
dan kebolehpercayaan
Definisi
Perkataan integriti berasal daripada
istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik.
Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus ke arah perwatakan seseorang. Maksud
integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran, ketulusan dan
kesempurnaan.
Dari maksud yang didapati daripada Kamus
tersebut, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan,
keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah
dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dan sebagainya.
Seterusnya, kebolehpercayaan merujuk
kepada kestabilan dan kecekalan dalaman ujian atau alat ukur dalam mengukur
sesuatu konsep atau aspek. Hal ini bermaksud apabila sesuatu ujian diuji semula
atau diuji berulang kali ia akan menunjukkan hasil yang sama ( Uji-ulang-Uji ).
Contohnya: Sesuatu soalan akan menerima jawapan yang sama walaupun telah diuji
berulangkali dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang boleh mencapai keputusan
yang tinggi.
Oleh itu, integriti dan kebolehpercayaan
dalam keusahawanan dapat didefinisikan sebagai seorang usahawan yang mempunyai
sifat jati diri yang tinggi dan sentiasa mengekalkan sifat-sifat tersebut
walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam perniagaan yang
diusahakannya.
Jatuh bangun Puan Rozita Ibrahim
Puan Rozita Ibrahim adalah seorang
usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu Tinggi. Wanita ini mengakui
pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan
hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu.
Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah
meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk
mendapatkan rawatan terbaik.
Pepatah hina besi kerana karat, hina
manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk
bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa. Sebelum bergelar
usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Puan Rozita mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari
perjalanan hidupnya.
Selepas menjalani episod duka yang
berterusan, beliau mengambil keputusan untuk membuka perniagaan sendiri. Alam
semula jadi paling hampir dengan kehidupan beliau sejak kecil dan beliau akui
pernah menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubat anak kedua yang sakit dan
lumpuh semasa beliau hidup susah.
Dengan hanya bermodalkan RM400, beliau
mulakan perniagaan dengan menjadikan herba sebagai sandaran. Untuk meyakinkan
pelanggan, beliau gemukkan badan, kemudian makan dan amalkan produk yang dijual
dan hasilnya memuaskan. Beliau lakukan sebanyak tiga kali dan mula menjual dari
rumah ke rumah. Sambutan yang diterima menggalakkan dan mendorong beliau
menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada awal tahun 2000 dengan menyewa kedai
di Plaza Majlis Perbandaran Klang.
Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin
terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi
usahawan yang disegani. Baru-baru ini beliau telah dianugerahkan Usahawan
Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Perkaitan sikap integriti dan kebolehpercayaan Puan Rozita Ibrahim
Puan Rozita Ibrahim mempunyai sikap
integriti dan kebolehpercayaan dalam menjadi usahawan yang berjaya. Beliau
memilih produk kosmetik sebagai pilihan utama perniagaannya. Beliau menjalankan
perniagaan dengan integriti yang betul apabila beliau bersikap jujur, amanah,
ketelusan dan sebagainya dalam penghasilan produk kosmetiknya dimana beliau
tidak meletakkan bahan-bahan yang berbahaya demi mengaut keuntungan yang cepat
dan banyak. Produk kosmetiknya pula mendapat permintaan yang tinggi daripada
pelanggan malah turut mendapat pengikut yang setia dengan produknya. Hal ini
kerana produk Sendayu Tinggi yang dimilikinya mendapat kebolehpercayaan
daripada pelanggan di setiap lapisan umur.
Beliau pernah berkata bahawa ada racun
dan ubat dalam diri sesiapa sahaja dan terpulang kepada kita memilihnya. “Saya
berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan yang menjadi santapan rohani dalam
urusan perniagaan dan kehidupan. Saya percaya hidup ini umpama roda yang ada
kala di bawah dan kemudian berada di atas, lantas semasa di puncak saya minta
kepada Tuhan agar tidak lupa diri.”
Kesimpulan
Pemilik Sendayu Tinggi Enterprise iaitu
Puan Rozita Ibrahim membuktikan yang beliau mempunyai sikap integriti dan
kebolehpercayaan yang tinggi apabila beliau berupaya untuk menjalankan
perniagaan beliau secara sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan,
keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah
dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dan sebagainya. Produk
keluaran Sendayu Tinggi juga mendapat kebolehpercayaan yang tinggi daripada
pelanggan setia sehingga membolehkan jenama ini menjadi salah satu jenama
keluaran bumiputera yang terlaris di Malaysia. Puan Rozita Ibrahim membuktikan
yang beliau mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi
dan berkesan.
1.2 Berinisiatif
Definisi
Inisiatif membawa maksud seseorang itu
mempunyai semangat atau tabiat untuk menjalankan tanggungjawab tanpa diarah
atau dipaksa. Sikap berinisiatif diperlukan dalam diri setiap usahawan agar
dapat menonjolkan ciri-ciri positif yang ada pada usahawan tersebut. Hal ini
penting kerana usahawan yang berjaya akan bertanggungjawab terhadap sikap,
tingkah laku serta perbuatannya. Sifat inisiatif juga diperlukan untuk
menghadapi arus perubahan dan peredaran masa supaya tidak dianggap ketinggalan
dalam persaingan perniagaan.
Jatuh bangun Taib Muda
Siapa sangka beliau boleh menjadi jutawan
hanya mengusahakan keropok lekor. Pencapaian menakjubkan oleh Taib Muda, 53,
atau lebih dikenali sebagai Pak Embong yang tidak mengenal kegagalan atau putus
asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya
tercapai.
Pembabitan awal Pak Embong dari Kampung
Kubang Bujuk, Serada, Kuala Terengganu, dalam bidang itu bermula pada 1985
apabila bertekad keluar daripada kepompong kemiskinan untuk memulakan
perniagaan secara kecil-kecilan.
Beliau ketika itu yang bekerja sebagai
buruh terpaksa menanggung tujuh anak dengan pendapatan yang tidak menentu.
Dengan bermodalkan RM200, beliau yang masih muda ketika itu membuang perasaan
malu apabila sanggup mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap hari bagi
mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan Perikanan di Pulau Kambing.
Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan
bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, ia bukan penghalang buat Pak
Embong untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka
kedai keropok di Kampung Losong Haji Su pada 2006 iaitu Orisahanif Enterprise
selain berniaga di pasar malam.
Ternyata usaha dan strateginya tidak
sia-sia apabila keropok keluarannya menerima sambutan hangat, terutama daripada
orang luar yang bertandang ke perkampungan berkenaan.
Perkaitan sifat inisiatif Taib Muda
Usaha yang dijalankan oleh Taib Muda
dalam perniagaan keropok di mana beliau mempunyai semangat dan keinginan yang
kuat tanpa dipaksa oleh orang-orang sekeliling beliau dalam menjadi seorang
usahawan yang berjaya membuktikan yang beliau mempunyai sifat inisiatif yang
tinggi. Kini operasi perniagaan keropoknya berjalan lancar dan semua cawangan
berkenaan memberi pulangan seperti diharapkannya dengan purata keuntungan
RM30,000 sebulan. Keuntungan itu juga mampu mencecah RM100,000 sebulan pada
musim cuti sekolah dan perayaan.
Dengan memegang prinsip `di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan’, beliau kini boleh berbangga kerana usahanya untuk
keluar daripada kancah kemiskinan berjaya, malah mampu memperoleh pendapatan
yang lumayan hasil perniagaan keropok.
Kesimpulan
Lahir daripada keluarga yang miskin bukan
menjadi halangan utama untuk seseorang yang ingin berjaya tidak berani untuk
mencuba. Taib Musa membuktikan walaupun beliau datang daripada keluarga yang
susah, namun dengan sikap inisiatif yang dimiliki oleh beliau menjadi pemangkin
utama beliau untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Segala kesusahan dan
kesenangan yang beliau hadapi sewaktu mula-mula menceburkan diri dalam
perniagaan keropok menjadi pengalaman yang amat membantu beliau untuk terus
bersaing dalam perniagaan keropok sehingga membolehkan beliau melebarkan sayap
perniagaan dengan membuka tiga lagi cawangan kedai keropok di Cameron
Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan.
1.3 Tegas
Definisi
Tegas bermaksud memberitahu orang lain
tentang sesuatu yang anda inginkan dengan cara yang jujur. Kemudian seseorang
itu bertanggungjawab dengan apa yang telah dia katakan. Dalam keusahawanan, usahawan yang mempunyai
ketegasan dapat dilihat melalui tindakan seperti berani menyuarakan pendapat
atau idea kepada orang lain secara langsung dan juga berani mengambil tindakan
walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada pihak lain.
Jatuh bangun Datuk Maznah
Datuk Maznah Hamid dikenali sebagai The
Iron Lady atau Wanita Waja. Gelaran itu mencerminkan dirinya yang bersikap
dinamik, berpendirian teguh serta bersikap tegas dalam mempertahankan apa yang
beliau usahakan sehingga mencapai impiannya. Datuk Maznah berpegang pada
falsafah “modal utama adalah diri sendiri”. Beliau benar-benar yakin dorongan
daripada dalam dapat memacu individu itu menjadi cemerlang.
Nama Datuk Maznah Hamid bukan sahaja
tersohor sebagai usahawan terkemuka tetapi juga terkenal sebagai penceramah
motivasi. Beliau yang berasal dari Ayer Hitam, Kedah, beliau dibesarkan oleh
neneknya dan diterapkan dengan pendidikan agama serta diasuh dengan budi
pekerti yang baik sejak kecil. Datuk Maznah adalah wanita Malaysia pertama
mengurus syarikat kawalan keselamatan.
Datuk Maznah dan suaminya memulakan
operasi Securiforce Sdn. Bhd. Pada tahun 1981, beliau menggunakan modal RM 5
ribu dan lima orang pengawal bagi memulakan perniagaannya. Datuk Maznah turut menyandang beberapa tugas
serentak pada waktu itu. Oleh kerana tiada upaya bagi mengambil ramai pekerja,
Datuk Maznah serta rakan kongsinya iaitu Tuan Haji Shaheen, terpaksa melakukan
semua tugas daripada operasi, pengumpul bil, peronda dan kadangkala menjadi
pengawal apabila pekerja-pekerja mereka bercuti raya ataupun cuti umum. Beliau
belajar erti susah dan pengorbanan dalam dunia perniagaan. Pengalaman ini
membolehkan beliau mencipta dan menjual sistem kawalan keselamatan.
Pada peringkat awal, Securiforce Sdn.
Bhd. hanya memberi khidmat kawalan keselamatan biasa dan khidmat
Cash-In-Transit. Ia terpaksa bersaing dengan ratusan syarikat kawalan
keselamatan yang sudah bertapak kukuh. Berkat usaha gigih Datuk Maznah yang
berterusan, syarikatnya berkembang maju. Kini ia mempunyai lebih 50 buah
cawangan di seluruh Negara, lebih daripada empat ribu orang pekerja dan
dikelilingi ratusan senjata api serta ratusan buah van kalis peluru.
Bagi menepati keperluan semasa,
Securiforce juga bergiat aktif di peringkat antarabangsa dengan menubuhkan
Securiforce Logistics dan membuka cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea,
Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai kejayaan Datuk Maznah adalah semua
anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan
daripada pihak bank. Kejayaan ini dikagumi oleh pelbagai pihak dan lapisan masyarakat.
Prinsip kejayaan beliau adalah modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya
sendiri.
Perkaitan sifat ketegasan Datuk Maznah
Oleh kerana Datuk Maznah begitu berminat dalam
pembangunan insan, beliau menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelola
seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insaniah. Sifat tabah, berani,
semangat yang beliau miliki adalah aset utama diri beliau dan itu yang cuba
diterapkan kepada orang ramai melalui seminar Zero to Hero dan Awaken the spirit
of entrepreneurship/intrapreneurship. Melalui seminar itu, beliau ingin
membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
Datuk Maznah berjaya menerbitkan buku
berjudul Motivasi Memburu Kejayaan berdasarkan pengalaman serta prinsip-prinsip
yang menjadi amalan kepada dirinya dalam usahanya memburu kejayaan. Di dalam
bukunya Datuk Maznah berkongsi pelbagai rahsia kejayaannya. Beliau bercerita
tentang prinsip hidup dan pengalamannya dalam memburu kecemerlangan. Antara
kata-kata yang menjadi pendorong semangat dalam buku itu berbunyi, “Usahlah
hanya sekadar menjadi pemerhati kepada kejayaan orang lain. Rebutlah peluang
perniagaan yang sentiasa terbuka luas di negara kita sendiri.
Kesimpulan
Untuk menjadi seseorang yang berjaya,
ketegasan amat penting supaya keputusan kita tidak dipengaruhi oleh orang lain.
Ketegasan juga perlu dalam menguruskan pekerja supaya mereka menjalankan tugas
dengan berdedikasi. Tegasnya, walaupun Datuk Maznah merupakan seorang wanita,
namun perkara itu tidak menjadi halangan kepada beliau untuk mempamerkan sifat
ketegasannya dalam menerajui perniagaan yang diceburi oleh beliau sehingga
membolehkan syarikatnya berjaya menjadi pembekal keselamatan terbesar di
Malaysia.
1.4
Kecekapan masa
Definisi
Menurut Kamus Dewan
(1996), kecekapan membawa maksud kepada kebolehan melakukan sesuatu seperti
kerja dengan cepat dan sempurna atau mempunyai kemahiran dan kepandaian
melaksanakan sesuatu tugas. Juridical
Dictionary (2005) merujuk istilah masa sebagai ukuran bagi tempoh lamanya yang
dibahagikan kepada tahun, bulan, hari, jam, minit, dan saat. Masa juga
dibahagikan kepada malam dan siang. Dalam keusahawanan, kecekapan masa adalah
hasil kerja bagi sesuatu perkara yang dilaksanakan dengan cepat dan sempurna
mengikut waktu yang telah ditetapkan serta menggunakan masa sebaik mungkin
dengan sumber pengeluaran yang optimum untuk meningkatkan lagi keuntungan
sesebuah syarikat itu.
Jatuh bangun Tan Sri Lim Goh Tong
Tan Sri Lim Goh Tong adalah seorang pengasas Genting Group
yang kini merangkap sebagai hartawan Asia. Beliau bekerja dari peringkat yang
paling bawah. Beliau bekerja sebagai tukang kayu sebelum membuka syarikat
pembinaan Kien Huat dan bergelar kontraktor kelas A. Tan Sri sendiri merupakan
seorang budak miskin semasa mula berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian, usaha
gigih beliau membuahkan hasil yang lumayan. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan
sebelum bergelar jutawan. Orang Cina berharap untuk menjadi terkenal sejak awal
pembabitan dalam dunia perniagaan. Harapan adalah satu, tidak mahu kaum dan
keturunan mereka terus susah. Beliau sendiri pernah dikatakan gila apabila
mengatakan hasrat untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Lihat, sekarang impian
itu telah menjadi kenyataan. Gunung Ulu Kali telah bertukar menjadi Genting
Highlands. Setiap titik peluh yang mengalir telah memberikan kita keselesaan
sehingga dikenali seluruh dunia. Secara tidak langsung, penubuhan Genting
Highlands juga telah memberikan peluang pekerjaan kepada semua kaum.
Perkaitan dengan kecekapan masa
Apa yang diamalkan
oleh Tan Sri Lim Goh Tong hingga menjadi hartawan Asia adalah kecekapan masa.
Beliau sentiasa menepati masa yang telah dibuat. Biasanya, beliau sering kali
datang awal 10 minit dari masa yang telah dijanjikan. Selain itu juga, beliau
sendiri tidak pernah memungkiri janjinya terhadap apa yang telah dijanjikan.
Baginya, perkara seperti ini akan menjejaskan hubungannya yang telah dibina.
Beliau juga seringkali mengamalkan amalan bangun tidur awal dan lewat kembali ke
tempat tidurnya semula. Ini adalah menjadi pegangan hidup bagi kebanyakan orang
Cina kerana bagi mereka menepati masa menjadi kunci kejayaan dalam sesebuah
perniagaan.
Kesimpulan
Jadi, jelaslah
bahawa menjadi usahawan yang berjaya mestilah mempunyai ciri-ciri seperti
kecekapan masa kerana ianya mampu mengekalkan hubungan yang baik antara
masyarakat. Disebabkan kecekapan masa yang dimiliki oleh beliau, Genting Highlands
kini menjadi pilihan orang ramai untuk dikunjungi.
1.5 Keupayaan
belajar daripada kesilapan
Definisi
Definisi kesilapan
adalah sesuatu perbuatan yang kita lakukan, yang kemudian merugikan orang lain
dan memberi impak negatif kepada orang atau makhluk lain. Bukan hanya orang
lain, tetapi juga diri sendiri. Kesalahan tidak semuanya buruk tetapi akan
memberi pengalaman kepada kita dan biasanya kita akan lebih cepat mendapat
pengajaran daripada kesalahan tersebut. Menyedari kesalahan yang telah terjadi
bukan hanya untuk disesali tetapi untuk diperbaiki agar tidak berulang lagi.
Dengan kesalahan yang dilakukan, menyebabkan diri akan menjadi lebih bijaksana
dan santun supaya kesalahan yang sama tidak akan berulang lagi pada masa
hadapan.
Jatuh bangun Datuk Aliff Syukri
Kamaruzaman
Datuk Aliff Syukri
Kamaruzaman merupakan seorang usahawan muda yang kini semakin maju
mengembangkan produknya. Beliau yang kini baru berusia 28 tahun merupakan
seorang pengasas bagi produk Dherbs, satu jenama produk kecantikan yang kini
semakin hangat diperkatakan dalam kalangan pengguna di negara kita. Sebelum
mengusahakan perniagaan kosmetik, bermacam-macam kerja dilakukan seperti
menjadi pegawai perkhidmatan pelanggan, penjaga stor, model sambilan dan hampir
menjadi pramugara. Walaupun sudah bermacam-macam pekerjaan dilakukan, beliau
belum merasai kepuasan. Justeru, berbekalkan minatnya dalam perniagaan, beliau
cuba menjual produk kecantikan dari Thailand, Indonesia dan Filipina secara
kecil-kecilan. Pada awal pembabitan, produknya hanya dijual kepada saudara mara dan rakan, kemudian dari rumah ke rumah.
Disebabkan sambutan yang diterima menggalakkan dengan hanya berbekalkan modal
RM450, beliau membuka sendiri khemah di
Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam, diikuti Kelana Jaya dan Sri Andalas, Klang. Melalui
bisnes kecil-kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes
seterusnya.
Perkaitan
dengan keupayaan belajar daripada kesilapan
Menurut
Datuk Aliff, beliau pernah menyamar sebagai pegawai pemasaran memandangkan pada
ketika itu tidak mempunyai pekerja yang cukup dan sengaja menonjolkan diri
sebagai seorang model dari Pakistan dan pengasas kosmetik. Tetapi setiap
usahanya itu ternyata sia-sia kerana tidak berkesan sama sekali. Dari situ,
beliau cuba bangkit dengan menukar strategi untuk muncul dengan menggayakan
watak korporat tetapi kesannya juga kurang menjadi malah selama dua tahun wang
yang dilaburkan itu habis begitu sahaja. Beliau kemudiannya mencuba nasib
menerusi pengiklanan di stesen televisyen lain dengan melakukan penampilan
terbaru iaitu daripada memakai baju biasa kepada baju berkilat dan daripada
suara biasa kepada suara 'kepit'. Ternyata, sesuatu yang pelik itulah yang
menjadi bualan masyarakat dan biarpun pelbagai tohmahan diterima daripada
masyarakat, namun impaknya sangat besar kepada jualan. Baginya menjadi seorang
usahawan berkredibiliti adalah tidak perlu meniru idea orang lain. Jika dulu
tagline digunakan tidak begitu menarik, tetapi selepas menukar gaya 'nyaring' hingga
membuatkan sesetengah masyarakat berasa pelik dan menjengkelkan.
Kesimpulan
Walaupun secara luarannya, beliau nampak
seorang yang lemah lembut tetapi hakikatnya beliau juga mempunyai sifat
ketegasan yang tersendiri. Daripada apa yang dipelajarinya, sesuatu kejayaan
akan membuahkan hasil adalah apabila belajar daripada kesilapan untuk
menjadikan seseorang usahawan itu lebih matang dalam mewujudkan sesuatu
strategi yang baru.
1.6 Kesedaran
etika
Definisi
Kesedaran etika
membawa maksud kepada pengetahuan mengenai hukum moral atau peraturan dalam
masyarakat yang menjadi pegangan kepada seseorang ataupun sesuatu kumpulan.
Etika merangkumi satu set prinsip-prinsip yang memperihalkan tatacara perlakuan
yang menerangkan apa yang baik dan tidak baik dan apa yang betul dan apa yang
salah di samping menggariskan tanggungjawab dan obligasi moral. Usahawan yang
beretika akan merebut peluang yang ada dengan baik serta menghadapi persaingan
yang sihat antara pesaing-pesaing yang ada.
Jatuh bangun Datuk Yusof Taiyob
Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan
Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun,
penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada
satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang
serius) akibat tekanan yang dihadapi oleh kerana penjualan yang merudum
teruk. Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang
beliau hadapi memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya.
Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport
makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan. Lama-kelamaan,
usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya
semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau
sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar
negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak
termasuk pekerja di dua gudang iaitu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Perkaitan dengan kesedaran etika
Apa yang menunjukkan
beliau seorang yang mempunyai kesedaran beretika adalah apabila beliau sendiri
pernah terkena kerana terlalu mempercayai pengedar dan pembekal sehingga
menyebabkan beliau mengalami kerugian yang banyak apabila kurma yang diimport
dari Iran sebanyak dua kontena (40 Tan) tidak berapa elok dan rosak. Daripada
pengalaman yang telah beliau perolehi, beliau membuat penjenamaan dan teknik
pembungkusan yang elok supaya kurma yang dikeluarkan daripada syarikatnya sentiasa
dijamin dari segi kualitinya. Beliau juga sentiasa mengutamakan pelanggan
kerana memberi jaminan kepada pelanggan sekiranya kurma yang diperolehi oleh
pelanggan adalah rosak, ia boleh ditukarkan kepada kurma yang lain. Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak
suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi
bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit. Di samping itu juga, walaupun beliau
sentiasa sibuk menguruskan perniagaan kurmanya, namun beliau tidak pernah lupa
untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Beliau akan
berasa lebih seronok apabila dapat membantu mengurangkan beban kepada orang
yang kurang bernasib baik ini.
Kesimpulan
Oleh itu jelaslah bahawa, Datuk Yusuf Taiyoob ini adalah
seorang usahawan yang beretika kerana
sentiasa mengamalkan ciri-ciri etika dalam perniagaan mengikut Islam. Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara
ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti
Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
1.7 Berpandangan
jauh
Definisi
Menjadi usahawan
yang berjaya, mempunyai satu matlamat yang jelas adalah menjadi satu keutamaan.
Hasil daripada visi dan misi yang ingin dicapai oleh seseorang usahawan itu,
akan membuka minda beliau untuk berfikir melangkaui fikiran orang-orang biasa.
Berpandangan jauh adalah salah satu daripada kompentasi keusahawanan yang
paling penting kerana ciri ini beliau akan mempunyai kecenderungan untuk
melihat dan menganalisis sesuatu situasi atau keadaan dengan cekap dan
berkesan. Individu yang berpandangan jauh ini dapat melihat perkara-perkara
yang perlu dilakukan melalui institusi dan imaginasinya yang mana akan membawa
kepada selangkah lebih maju dari orang lain.
Jatuh bangun Lee Byung-Chul
Lee Byung Chul ialah pengasas Samsung
Groups yang lahir pada 12 Februari 1920. Samsung adalah salah satu penyedia OEM
terbesar di dunia teknologi. Didirikan oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938
sebagai syarikat menjual mee dan makanan laut kering, Samsung kemudiannya
berkembang sebagai syarikat perdagangan eksport pelbagai produk dari Korea
Selatan ke Beijing, China. Beliau berasal daripada keluarga pemilik tanah yang
luas di daerah Uiryeong datang ke kota Daegu dan mendirikan Samsung
Sanghoe, sebuah syarikat perdagangan kecil dengan 40 orang pekerja yang
berlokasi di Su-dong (sekarang Ingyo-dong). Pada akhir 60-an, Samsung
Group mulai masuk ke dalam industri elektronik. Untuk memastikan
pertumbuhan syarikat berkembang dengan pesat,Samsung membahagikan tugas
kerja dalam bentuk divisyen-divisyen elektronik.
Perkaitan dengan ciri berpandangan jauh
Beliau berpegang
erat dengan matlamatnya untuk menandingi syarikat elektronik lain seperti
Nokia, Motorola, Sony dan sebagainya. Namun begitu, dengan berfikir melangkaui
fikiran orang lain, beliau berjaya mewujudkan memory chips dan menjadikan
Samsung secara tidak langsung sebagai pengeluar terbesar memory chips serta
pembuat chip kedua terbesar setelah Intel. Dengan cantuman idea-idea yang
bernas dari pemegang saham, Samsung tumbuh menjadi pengeluar terbesar di dunia
membuat oanel layar liquid-crystal setelah 10 tahun berusaha. Kini, Samsung
telah mewujudkan pelbagai jenis telefon bimbit yang mempunyai fungsi yang
berlainan dari semasa ke semasa. Sifat berpandangan jauh yang ada dalam diri
Lee Byung-Chul telah menjadikan Samsung sebagai syarikat elektronik yang
bertaraf tinggi setanding dengan syarikat elektronik yang lain seperti Apple.
Kesimpulan
Sehingga kini produk Samsung merupakan antara produk teknologi
yang mahal di dunia disebabkan ciri-ciri keistimewaannya tersendiri. Disebabkan
pemikiran yang berpandangan jauh yang dimiliki oleh Lee Byung-Chul dalam produk
Samsung dan kini menjadi pilihan orang
ramai di dunia akhir-akhir ini.
Biografi usahawan
berjaya:
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan
rendah di utara Semenanjung Malaysia. Keluarganya berasal dari Hadhramaut,
Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga
ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada
pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan
menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary mempunyai tujuh orang adik beradik
dan dia adalah anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba
kekurangan sehinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang
tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak
menelaah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary memulakan persekolahannya di Alor Setar
tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama
dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bharu. Beliau berada di situ
daripada darjah empat hinggalah ke tingkatan dua.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary kemudiannya kembali ke kampung
halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan
lima di Sekolah Saint Micheal’s. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya
sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu
tidak bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan
pengalaman beliau telah perolehi melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa
zaman mudanya.
Dengan kejayaan yang dimiliki beliau, banyak yang diperkatakan oleh
masyarakat mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di
Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Beliau menjadi seorang
Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion,
namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Beliau mempunyai
banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuklah pengangkutan dan
logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata
serta generasi kejuruteraan dan kuasa. Beliau adalah seorang tokoh simbolik
yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup,
tetapi kerja keras’.
Sifat-sifat Tan Sri Syed Mokhtar Al-
Bukhary
1)
Integriti dan Kebolehpercayaan
Integriti dan kebolehpercayaan adalah
sifat jati diri yang
merangkumi keikhlasan, keterbukaan,
ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi,
boleh dipercayai, dan tutur bicaranya boleh dipercayai.
Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary memiliki sikap
integriti dan kebolehpercayaan yang tinggi sehingga berjaya memegang pelbagai
jawatan sehingga mampu mencapai status usahawan yang berjaya. Kelebihan beliau
ialah mendapat kepercayaan daripada orang luar. Hal ini dapat dibuktikan dengan
beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia
seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional
Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra
Cita Sdn. Bhd. dan sebagainya. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan
berjaya mendapatkan projek landasan kereta api berkembar bernilai RM14.5
billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan
ekonomi.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary juga
dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai, Johor. Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar
Al Bukhary juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi
tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak ‘gas-fired‘ di
Tanjung Bin, Johor. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di
mana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary memiliki 32% saham melalui
Syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan di dalam Fiamma
Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui Syarikat
Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar
juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana
beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %.
Berdasarkan beberapa contoh di atas, jelaslah
menunjukkan bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary memiliki sikap
integriti dan kebolehpercayaan yang tinggi sehingga diberi amanah untuk
memegang pelbagai jawatan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan.
Sikap inilah yang mendorong kejayaan beliau sehingga ke hari ini.
2)
Inisiatif
Inisiatif bermaksud kebolehan untuk melihat
apa-apa yang perlu dilakukan dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
menjayakannya. Sifat ini dimiliki oleh tokoh usahawan yang berjaya iaitu Tan
Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Tan Sri Syed Mokhtar
Al Bukhary bijak menggunakan inisiatif yang sedia ada. Sebagai contohnya, ayah
kepada empat orang anak ini mengambil inisiatif membaik pulih Masjid Negara
yang menjadi salah satu daripada destinasi pelancongan negara supaya sentiasa
terang dan bercahaya seperti cerahnya Muzium Kesenian Islam Malaysia yang
didirikan yayasan, iaitu bersebelahan Masjid Negara.
Atas inisiatif beliau
juga, beliau memohon kuota haji untuk menghantar kumpulan yang difikirkannya
sudah layak, tetapi tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah
kerana tidak mempunyai wang seperti imam, bilal dan siak masjid. Hartawan berusia
58 tahun itu berkata, beliau tidak pernah melihat dirinya seorang yang kaya
kerana prinsip beliau ialah manusia ini hamba Allah dan Allah Yang Maha Kaya.
Segala usaha, pelbagai dugaan serta cabaran dilalui sejak lebih 40 tahun lalu
baginya adalah rezeki Allah. Dan rezeki itu dikongsi bersama 67,700 tenaga
kerjanya.
Jelaslah bahawa,
pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dalam
membantu masyarakat telah membuahkan hasil. Kejayaan beliau sangat dihargai dan
disegani oleh pelbagai golongan lapisan masyarakat sehingga diangkat sebagai
salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.
3) Serba boleh
Maksud serba boleh atau versatil ialah
berkeupayaan atau dapat disesuaikan untuk pelbagai kegunaan (tujuan, fungsi,
dan lain-lain).
Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhary adalah seorang
tokoh usahawan yang serba boleh. Beliau menceburi pelbagai bidang perniagaan.
Sebagai contohnya, daripada perniagaan beras, beliau kemudiannya mengembangkan
perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula.
Perniagaan ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary
Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Setahun selepas Bukhary Sdn Bhd. memulakan
operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat
itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak
ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd.
dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli
melalui perjanjian sewa beli dengan UDA.
Usaha Tan Sri Syed Mokhtar
semakin membuahkan hasil apabila beliau diberikan kontrak bagi
membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada
kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Selepas mengembangkan perniagaannya,
bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter,
beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini adalah ekoran
kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak
Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera
dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya
mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal.
Beliau terlibat
dalam projek penswastaan Johor Port Sdn Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm
Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor
Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor
Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kini,
Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua
buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan
Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas. Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air
yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn Bhd, iaitu syarikat usaha sama di
antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis,
Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar al- Bukhary dalam
pelbagai jenis bidang perniagaan jelas menunjukkan adalah seorang tokoh
usahawan yang serba boleh dan mampu memanfaatkan pelbagai peluang yang ada
untuk mencapai kejayaan.
4. Keupayaan belajar daripada
kesilapan.
Maksud belajar daripada kesilapan ialah seseorang yang pernah
mengalami kegagalan tetap berusaha untuk bangkit dan memperbaiki diri ke arah
yang lebih baik dengan kegigihan dan semangat yang ada dalam diri.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pernah merasai
kegagalan dalam kehidupannya.. Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang
miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary terpaksa melangkah ke dunia bekerja
pada peringkat awal kehidupan beliau, pada masa yang sama beliau juga mengikuti
pengajian sekolah rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary membantu
ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasar dan juga menjual roti canai.
Pengetahuan dalam pengiraan angka beliau gunakan untuk membantu bapanya dalam
melakukan buku simpanan harian.
Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al
Bukhary membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk
melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walau
bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan memulakan semula perniagaan
dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar
bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging
itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan
restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu.
Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia
perniagaan.
Contoh di atas jelas menunjukkan bahawa Tan Sri
Syed Mokhtar Al Bukhary adalah seorang tokoh usahawan yang pernah mengalami
kegagalan dalam kehidupannya. Berkat kesabaran dan semangat yang tinggi yang
ada pada dirinya, beliau terus gigih berusaha untuk mencapai kejayaan seperti
hari ini.
5) Berpandangan jauh.
Berpandangan jauh bermaksud mengenai apa yang
harus dilakukan oleh seseorang, dan tindakan apa yang harus dilakukan untuk
mewujudkan hal tersebut. Contohnya menjadi seseorang yang dipercayai
masyarakat, berjaya dan menjadi unggul dalam segala bidang.
Tan Sri Syed Mokhtar
Al Bukhary ialah seorang yang berpandangan jauh. Hal ini demikian kerana beliau
sanggup mendermakan hartanya untuk pembangunan khususnya berkaitan dengan agama
Islam. Bagi beliau “perniagaan islam ada akhirat”. Oleh itu, beliau banyak
memberi sumbangan untuk tujuan kebajikan.
Meskipun mengecap kejayaan sebagai tokoh konglomerat bumiputera nombor
satu negara, beliau tidak melupakan kewajipannya untuk membantu saudara
seagamanya. Justeru, Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 untuk membantu
golongan miskin, khususnya dalam bidang pendidikan.
Hingga kini,
Yayasan al-Bukhary telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti
keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Yayasan ini bukan sahaja menghulurkan
bantuan kepada penduduk negara ini, malah juga negara-negara Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC).
Antara projek besar
yang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di
Kedah. Kompleks itu memainkan peranan sebagai pusat yang lengkap dengan
pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak
yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Yayasan ini juga
membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100
juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik
yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 16 buah
masjid di serata negara.
Terbaru ialah projek
pembinaan Masjid Al Bukhary yang terletak di lokasi strategik berhampiran Bukit
Bintang, Kuala Lumpur. Kedudukan masjid yang dibina dengan kos RM12.2 juta itu
juga memudahkan umat Islam terutama di sekitar Jalan Hang Tuah, Jalan Pudu dan
kawasan Bukit Bintang untuk beribadat.
Berdasarkan contoh,
jelas menunjukkan bahawa Tan Sri Mokhtar Al Bukhary seorang tokoh yang
berpandangan jauh yang mementingkan kehidupan akhirat dengan memperbanyakkan
kebajikan untuk membantu dalam perkembangan agama Islam dengan pelbagai
penubuhan yayasan serta masjid di seluruh Malaysia.
Kesimpulannya, untuk
bergelar seorang usahawan bukanlah satu tugas yang senang. Seseorang itu tidak
boleh menjadi usaha itu dalam sekelip mata. Usahawan perlulah berusaha dan
menghadapi cabaran yang datang dalam hidup mereka. Usahawan sebagai ahli
perniagaan mempunyai masa jatuh dan bangunnya. Hanya mereka yang kuat berusaha
dan tahu bagaimana untuk meningkatkan diri sahaja boleh menjadi usahawan yang
berjaya. Tan Sri Mokhtar Al Bukhary juga pernah melalui kesukaran sebelum
beliau berjaya menjadi antara salah seorang usahawan yang disegani. Usahawan
perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana setiap langkah yang diambil
usahawan mempunyai risiko yang harus dihadapi. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
yang menceburi dalam bidang perbankan Islam iaitu dengan mengambil alih
rangkaian Bank Muamalat Malaysia Berhad memperhitungkan risiko yang bakal
dihadapi oleh beliau. Namun begitu, sebagai seorang usahawan beliau perlu
berani mengambil risiko. Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary juga mempunyai banyak
ciri-ciri sebagai seorang usahawan. Beliau merupakan seorang yang boleh
dipercayai, oleh itu beliau diberi banyak jawatan yang penting dan menjadi
orang yang dipercayai dalam sesebuah organisasi. Beliau juga akan mengambil
inisiatif yang boleh menguntungkan masyarakat dan juga untuk kepentingan
masyarakat. Beliau juga merupakan seorang yang serba boleh dan mampu belajar
daripada kesilapan. Ini merupakan satu sikap yang patut dipuji kerana beliau
tidak berputus asa. Selain itu, beliau juga seorang yang berpandangan jauh.
Setiap perkara yang dilakukan akan mempunyai kepentingan terhadap masyarakat
kerana walaupun beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya, beliau tidak
lupa berkhidmat untuk masyarakat. Semua usahawan perlulah mencontohi sikap yang
ada pada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau mempunyai sikap yang terpuji
menyebabkan beliau boleh menjadi seorang usahawan yang berjaya.
SAYA MOHON IZIN UNTUK DIKONGSI YA
ReplyDeletePERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete